Pages

1423H

Ia dah tiba, malam ini akhirnya, Satu Empat Dua Tiga,
Masa kita minta kepada-Nya, bersih segala dosa,
mohon sesama, ibu ayah sahabat saudara,
Nanti buku baru pula, buku lama jangan biar saja,
Jadi panduan yang kau dah lupa, jangan rasa selesa,
Sebesar zarah pun dikira, ini pula yang jelas di mata,
Yang wajib ada lima kadang-kadang jadi tiga,
Kau asyik terpesona dengan bisikan durjana,
baik berpada-pada, kau jahat sekali-sekala,

Kita mula semula dengan lebih sedia buat seikhlas rasa,
sujud tumpu pada maha kuasa, yang mencipta kita,
kita harus sedar terima dunia hanya sementara,
jangan lewat dan leka, masa tiba bila-bila sahaja,
Kita biasa, yang banyak dosa, nasuha diri
 yang utama,
Pada mereka yang ku tak sengaja,
ada mengata ada mencerca ada yang buat selamba,
Ini masanya hanya diminta suci hati dan juga jiwa,
Kekalkan ia sepanjang usia, agar tidak siksa di akhir dunia...
Jangan buang masa, 1423 hijrah menjelma...

No comments:

Post a Comment