Pages

Ringgit Malaysia


Hijau merah antara warna
yang kecil sekali si biru muda
Ke hulu ke hilir dibawa sama
di dalam dompet tiada jenama
Tapi maaf kalau yang kedana
orang kata biar papa asal ada gaya
Tak kurang juga yang gaji buta
sama sahaja dengan Sang Sawa

Hidup ku ini orang biasa
tiada harta mewah berjuta
Cuma khidmat untuk negara
gaji bulan dikongsi bersama anak isteri
tak lupa juga biro angkasa
Tiada Mercedes Ferrari boleh ku bangga
 apa lagi banglo villa istana
Setiap hari cerita Ringgit Malaysia
bila tiada kau rungsing pening kepala
Tunai hajat sesen dua pun kau berkira
namun sakan gila bila nak raya
Kad plastik mu bermacam rupa
sekali sekala buat kau bergaya

Tapi ku tetap percaya kepada-Nya
rezeki ada di mana-mana
Teruskan usaha banyakkan doa
 walau pun RM kau berjuta-juta
Sahabat keluarga jangan dilupa
bagi juga pada yang derita
Sebagai bekalan kita bila nanti di sana
Bukan ia Ringgit Malaysia
timbangan amalan dosa pahala

No comments:

Post a Comment