Pages

Rima: Belia Pemangkin Transformasi Negara

Periksa mikrofon periksa mikrofon satu dua tiga
aku sang tinta sederhana, bukan emcee sepenuh masa,
glamer sekali sekala muka merata-rata,
namun aku gembira menjadi hang belia,
yang memartabat negara bukan sampah di mata,
berjuang tanpa senjata cuma luahan kata-kata,
tetap waja mereka cereka idea untuk anak bangsa

Himpun berjuta-juta, yang penting apa di minda,
kalau setakat bersuka-suka, layan je PS Tiga,

Nak enjoy aku tak kisah jangan sampai bahana,
Fikir masa depan negara sekali sekala.
Cuba untuk mendaki arah mencari,
hakiki yang tertinggi agar dapat kami,
mengganti kerusi yang lama perlu diisi,
diam-diam ubi berisi bak kata pepatah sastera berani,
kamu penggerak kini khalifah-khalifah masa nanti,
minda leka tercari-cari watak pentas duniawi,
namun diri perlu sedari batu jembala patik menjinjing transformasi,

Dikata kamu pemangkin,
diminda jiwa mu kata "mana mungkin?",
tapi nada tetap yakin,
tenaga dan minda muda tetap di ingin.

Syair dahulu indah bahasa,
puisi kini bersaing bermacam cara,
caca merba, tak merbahaya...
luahan asli minda muda selamba,

bakal merubah tanah moyangnya,
dari asal biasa hingga gemilang tanah merdeka,
gagah bak sang harimau malaya,
pertahan cinta nusa dan bangsa.

Yang lama usah risau dan gentar,
yang baru bangkit berkobar-kobar,
pelapis sedia mewaris hingga darah menitis,
hingga hilang nyawa jasad ditangis.

kami tak nak kontroversi,
bangkitlah jati diri,
dah bosan kena maki,
Ini masa kami belia transformasi..

No comments:

Post a Comment